Nama :
Nirmala a/p S. Ramasamy

Matriks No :
D2D102042308

Tajuk:
Kata Nama


MIKRO PENGAJARAN

Rabu, 28 Disember 2011

[SLIDE] Kata Nama

02.Kata Nama

[UTUBE] Upin & Ipin - Seronoknya Membaca (Bahagian 1)

Upin & Ipin - Seronoknya Membaca (Bahagian 1)

Jumaat, 25 November 2011

[NOTA] KATA NAMA


Kata Nama 

KATA NAMA Kata yang ditujukan pada benda, binatang, orang, tempat, bulan, bangunan, hari, waktu dan seumpamanya. Kata Nama boleh digolongkan pada beberapa jenis. 

KATA NAMA AM 
KATA NAMA KHAS 
KATA GANTI NAMA 

KATA NAMA kata yang menyatakan nama benda, haiwan, haiwan, manusia, tempat (secara umum) dan sebagainya, sama ada konkrit ataupun abstrak, bernyawa ataupun tidak benyawa, boleh dibilang atau tidak boleh dibilang. 

kereta, guru, kerusi, playar, cendawan, peta, kanggaru, kelab masyarakat, serai fikiran, senja, ribut, badai, guntur, mimpi, fikiran, perasaan roh, demonstrasi konkrit abstrak 

mangga, seniman, merpati, mawar, kemboja, komputer, mesin faks, donut garam, pasir, rumput, udara, angin, lumut, hampas, cahaya, lantai binatang, orang, serangga, tumbuhan-tumbuhan, unggas, mergastua, mamalia, amfibia perabot, senjata, buah-buahan, cakerawala, sungai, tebing, dunia, bilik, motobot berbilang tak berbilang bernyawa tak bernyawa 

Kata Nama Am boleh terbentuk melalui proses imbuhan, sama ada awalan, akhiran ataupun apitan.

Jumaat, 11 November 2011

[LATIHAN] KATA NAMA

Latihan Tatabahasa 2

Jumaat, 30 September 2011

[Web] Latihan Ulang-Kaji

Jom Ulang-Kaji Online 


[Web] Latihan Online


Jom buat latihan secara online

[Latihan] KATA NAMA KHAS

Latihan : Gariskan Kata Nama Khas dalam ayat-ayat berikut.

1.    Lily menyambut harijadinya di Restoran Sugarbun.
2.    Ali dan Mei Ling belajar di Sekolah Menengah Chung Hwa , Bandar Seri Begawan.
3.    Ai Ling yang belajar di Darjah 3B sedang mengelap tingkap .
4.    Kaki  Ali berdarah kerana terpijak kaca.
5.    Pada hari Isnin ini Hui Chu akan berkelah di Pantai Tungku bersama keluarganya.

[Latihan] KATA NAMA AM

Arahan : Gariskan Kata Nama Am dalam ayat-ayat  berikut :

1.    Semua buku disusun dengan kemas di dalam  almari.
2.    Murid-murid sedang  membersihkan lantai menggunakan penyapu.
3.    Ai Ling sedang mengelap tingkap .
4.    Kaki  Ali berdarah kerana terpijak kaca.
5.    Salim berasal dari kampung tetapi sekarang dia tinggal di bandar.

[Peta Minda] KATA NAMA

Gambarajah KATA NAMA

[Nota] KATA NAMA TERBITAN

Kata Nama Terbitan 

Kata nama terbitan wujud apabila kata nama am diberi imbuhan. Imbuhan yang membentuk kata nama terbitan boleh diletakkan di awal kata ( awalan ), di akhir kata ( akhiran ), di awal dan di akhir kata ( apitan ) dan diselitkan di tengah perkataan ( sisipan).

Contoh:
pekerja, kesihatan, dan pendamaian.

Kata Nama Terbitan daripada perkataan pinjaman seperti penterjemahan, pentadbir dan
penswasta.

[Nota] KATA GANTI NAMA

Kata Ganti Nama

Untuk rencana lanjutan, lihat Kata Ganti Nama

Kata ganti nama ialah kata nama yang digunakan untuk mewakili diri seseorang atau sebagai penunjuk. Kata ganti nama penunjuk terbahagi kepada dua iaitu penunjuk bersifat menerangkan (contohnya ini, itu), dan penunjuk bersifat pertanyaan (contohnya siapa, apa, mana).

[Nota] KATA NAMA KHAS

Kata Nama Khas

Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang. Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.


Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas. Contoh perkataan ditunjukkan seperti di bawah:

        benda: Sri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll
        orang: Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll
        binatang: Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll
        tempat: Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll

[Nota] KATA NAMA AM

Kata Nama Am

Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya secara umum seperti dalam contoh di bawah:

        orang: ayah, polis, perempuan dll.
        haiwan: ayam, itik, buaya dll.
        benda: televisyen, komputer, bank dll.
        tempat: stadium, jalan raya, pulau dll.

[Nota] PENGENALAN KATA NAMA

Pengenalan Kata Nama

Kata nama adalah golongan kata yang terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu nama am, nama khas, ganti nama dan nama terbitan.

  • Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya secara umum. 

Pengikut

Akhbar Online

Gadgets powered by Google