Arahan : Gariskan Kata Nama Am dalam ayat-ayat berikut :
1. Semua buku disusun dengan kemas di dalam almari.
2. Murid-murid sedang membersihkan lantai menggunakan penyapu.
3. Ai Ling sedang mengelap tingkap .
4. Kaki Ali berdarah kerana terpijak kaca.
5. Salim berasal dari kampung tetapi sekarang dia tinggal di bandar.
___________________________________________________________________________
Mei Ling ialah seorang murid yang rajin dan pintar. Dia selalu memakai pakaian yang bersih. Dia juga memakai tali leher kerana dia seorang ketua kelas. Mei Mei kelihatan kemas ketika hendak pergi ke sekolah .Dia pergi ke sekolah dengan menaiki bas.
Apabila tiba di sekolah, dia cepat-cepat meletakkan buku di atas meja dan begnya di kerusinya. Selepas itu, Mei Mei pun menolong rakan-rakannya membersihkan lantai. Mei Mei juga turut membantu mereka menyusun buku di atas rak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan