Nama :
Nirmala a/p S. Ramasamy

Matriks No :
D2D102042308

Tajuk:
Kata Nama


MIKRO PENGAJARAN

Jumaat, 30 September 2011

[Nota] KATA NAMA AM

Kata Nama Am

Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya secara umum seperti dalam contoh di bawah:

        orang: ayah, polis, perempuan dll.
        haiwan: ayam, itik, buaya dll.
        benda: televisyen, komputer, bank dll.
        tempat: stadium, jalan raya, pulau dll.



Kata nama am boleh dibahagikan kepada dua iaitu konkrit dan abstrak.
  • Kata nama am konkrit ialah nama sesuatu yang dapat dipegang, dirasa atau dilihat. 
  • Kata nama am abstrak pula ialah nama sesuatu yang hanya dibayangkan atau dikhayalkan. 
Kedua kelas kata ini boleh terdiri daripada kata dasar dan kata terbitan.
Contoh: buai -> buaian

Kata nama am mestilah menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pengikut

Akhbar Online

Gadgets powered by Google